Thursday 31 March 2016

Qibtiyyah Exclusive - Niqab Original from Malaysia

Assalamualaikum w.b.t




Qibtiyyah Exclusive (QE) adalah baby kepada Cyrus Amiera (CA). Perjalanan dan rentak business QE jauh berbeza dengan CA. Kemudian baru kak Migha kisahkan tentang sejarah CA yang MAHA PERIT sebelum berada di puncak HEHEHE.
.
Macam mana boleh timbul idea nak wujudkan business NIQAB? Okay jujurnya PENYEBAB UTAMA wujudnya QE adalah suamiku. Kenapa dengan suami kak Migha? Okay, suami kak Migha ada masalah buta warna. Warna yang boleh suami kak Migha lihat adalah terbatas. Sebagai contoh, warna traffic light yang 3 ketol itu pun suami tak dapat bezakan. So macam mana suami boleh cam warna tu? Jawapannya, suami kak Migha hafal sahaja.

.
Okay berbalik kepada kisah QE. Oleh kerana masalah buta warna ni, kak Migha pon agak stress sebabnya tak boleh nak mengharapkan suami kak Migha handle packaging jubah CA yang mempunyai banyak warna. Jadi kak Migha cuba fikirkan solusi kepada masalah ini. DI MANA ADA MASALAH, DI SITU SEBENARNYA ADA PELUANG.! Yes!

.
Then satu hari tu, kak Migha tanya suami "B, boleh tak kalau ayg nak jual NIQAB? Kan NIQAB ni semua warna hitam. So boleh la B handle if ayg takde." Then suami jawab "Okay boleh. Bagi B handle." Dan tanpa fikir panjang, terus siapkan prototype. Siap je prototype, puas hati semuanya then terus proceed keluarkan niqab pertama QE iaitu NIQAB QIBTIYYAH (2 LAYERS) sebanyak 100pcs sahaja. Permulaannya agak gentar sebab tak pernah buat ready stock sebanyak ini. Permulaan langkah pertama, kak Migha war-warkan di instagram personal kak Migha (@cyruszulaikha) dan mula buat validation. Sementara nak tunggu NIQAB siap, validation pun berjalan. Dan dalam masa yang sama, kak Migha buka peluang DROPSHIP untuk QE. Alhamdulillah dalam masa sehari, kak Migha dapat kumpulkan 20 orang dropship BERBAYAR. Ya, nak jadi dropship kak Migha, ada yuran KOMITMEN.

.
Selepas seminggu kumpulkan dropship (hampir 50 orang), maka pada tarikh 12 Januari 2016 QIBTIYYAH EXCLUSIVE di lancarkan. Dan ALHAMDULILLAH dalam tempoh kurang 3 hari, kesemua 100pcs NIQAB SOLD OUT! ALLAHUAKBAR! Memang terkejut sangat! Then huru-haralah jadinya sebab tak prepare stok tambahan. DAN ketika itu di takdirkan, kak Migha keguguran kembar. DOWN! SEDIH! KECEWA! Dan macam-macam lagi. ALHAMDULILLAH, semangat dari anak-anak dropship, selepas 2 hari keguguran, kak Migha back on track. Ajar suami macam mana nak deal dengan supplier, macam mana nak deal dengan tailor, macam mana nak deal dengan dropship, macam mana nak deal dengan customer dan sebagainya. Dan result untuk suami, CEMERLANG! Suami dapat handle SEMUANYA! Dan untuk kali kedua, QE restock 200pcs. Rolling dari modal pertama. Dan begitulah seterusnya sehingga sekarang pengeluaran NIQAB QE dan melebihi 2000pcs dalam tempoh kurang tiga bulan.

.
Macam mana pulak QE boleh VIRAL? Boleh meletup-letup? Nak tau lagi ke? Penat dah ni kak Migha menaip HAHAHAHA. Nak pegi dinner dulu. Nanti kita sambung okay.

.
.

 photo sign_zpsb4ae9465.png

No comments:

Copyright 2013-2014 | Templates Reserved for Cyrus Amiera™ | © Designed by Nurulchumel | All Rights Reserved™